Wednesday 5 September 2012

PETUA DAN NASIHAT ORANG TUA-TUA



PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
 Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
 MENGATASI SENGGUGUT
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
MERAWAT PANAU
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
MENGHILANG SAKIT KEPALA
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
MUDAH BANGUN PAGI
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
 MENGUATKAN GIGI
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
MENGHILANGKAN BAU MULUT
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
MENGELAK SANTAU
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU
Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air.  Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang.  Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri
Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

No comments:

Post a Comment