Monday 17 December 2012

Sunday 16 December 2012

BAHAYANYA PENYAKIT APENDIKS

Penyakit appendiks ni teramat la sakit penyakitnye (dah pernah kena). Sape-sape pon boleh terkena penyakit ni.haa ni la appendiks .kecik je..tapi sakit wooo..



bila operate menda 2 la yang akan dibuang...sampai sekarang x tau ape fungsi appendiks.

antara tanda-tanda penyakit appendiks:

1.berasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

2.Tidak lama kemudian, kesakitan berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan. 

3.Kesakitan menjadi semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika anda bergerak, batuk atau berjalan.

sebab penyakit ni berlaku:

FAKTOR PENYEBAB

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

• sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
• jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain.

Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

KOMPLIKASI



1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

BOLEH MEMBAWA MAUT..!!!!!!!

jenis-jenis rawatan 

1.diagnosis
-Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas perut anda dengan menekan sedikit bahagian yang sakit.
Ujian darah dan sinar X juga mungkin dilakukan bagi memastikan tiada penyakit lain yang menyerupai simptom-simptom apendisitis.

2.rawatan pembedahan
-Menerusi pembedahan apendektomi secara terbuka, apendiks yang panjangnya 5 hingga 10 cm akan dibuang pada peringkat pangkal. Luka torehannya adalah di antara 3 hingga 5 sentimeter, bergantung kepada tahap kegemukan atau obesiti pesakit.
-bagi sesetengah kes yang menyerupai apendisitis di mana apendisitis masih belum pasti, doktor menggunakan kaedah laparoskopi untuk membuat diagnosis.kaedah ini akan meninggalkan parut yang tidak menghodohkan dan akan lebih cepat sembuh

selepas pembedahan

biasanya pesakit akan dapat cuti selama 2 minggu dan akan dibekalkan dengan ubat antibiotik dan ubat penahan sakit. pesakit juga akan mendapat rawatan susulan sebanyak sekali atau dua kali bergantung kepada keadaan.

antara masalah yang dihadapi lepas pembedahan,korang x boleh gelak  kuat sangat,nnti senak dan sakit tempat operate.nak bersin ,batuk pon sakit.. yang paling penting kena pantang makan supaya luka pembedahan 2 x nanah dan cepat baik...

oleh itu jagalah kesihatan anda..MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI...

Friday 14 December 2012

KERETA-KERETA SELEBRITI MALAYSIA


Ni antara kereta-kereta selebriti malaysia yang boleh tahan mewahnye....


1. AC Mizal





2. Yusri KRU



3. Aznil Hj Nawawi



4. Anuar Zain




5. Tasha Shila

 

6. Jep Sepahtu

kereta jep sepah 2 [Gambar] Inikah Kereta Jep, Ahli Kumpulan Sepah?

7. Awie



8. Nabil



9. Shahir af8



10. Zizan



11. Rosyam Nor

 

12. Julia Ziegler