Monday 17 September 2012

APA ITU NASI KANGKANG DAN CARA MENCEGAHNYA.


PERHATIAN KEPADA PARA-PARA SUAMI!!!
“Nasi Kangkang” atau “Nasi Tangas” adalah sejenis ilmu hitam yang digunakan oleh orang perempuan Melayu untuk menundukkan orang lelaki atau suaminya. Ianya adalah menyalahi syariat Islam dan orang yang melakukannya adalah haram di sisi agama Islam. Sehingga kini amalan sebegini masih lagi digunakan oleh perempuan baik yang Melayu ataupun bangsa lain. Tujuannya adalah untuk menundukkan lelaki ataupun suami.
 Cara membuatnya:
Untuk membuat nasi kangkang begitu mudah sekali. Bahan-bahan yang digunakan adalah nasi (yang baru dimasak/ masih panas dan berwap). Ianya diletakkan di celah kangkang perempuan yang datang “haid” beberapa minit dengan beberapa bacaan mantera sambil diimiginasi rupa lelaki tersebut.
Perbuatan sebegini adalah terkutuk di sisi Allah kerana menyediakan makanan dan mencampurkannya dengan bahan najis (darah haid/wap haid) lalu dihidangkan kepada orang tertentu.

Kesannya:
Lelaki yang terkena nasi kangkang ini tindak tanduknya seperti orang bodoh. Ikut sahaja kehendak isteri. bagi isteri pula sesungguhnya dia telah melakukan syirik kepada Allah SW



CARA MENCEGAH SIHIR
1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) + Ayatul Kursyi.

2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-
 
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami
'ul 'alim

 3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali.

4) Kena rajin baca surah Al-Baqarah selalu..


No comments:

Post a Comment