Monday 3 September 2012

CR TIDAK GEMBIRA DI REAL MADRID...

Masa depan Cristiano Ronaldo di Real Madrid dalam ragu-ragu selepas pemain itu mendedahkan beliau tidak gembira dengan kelab itu.

Ronaldo menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 Real ke atas Granada yang juga merupakan gol ke-150 bersama kelab itu tetapi enggan meraikan kejayaan itu. Selepas perlawanan itu beliau akui ‘isu profesional’ menyebabkan beliau enggan meraikan golnya.
The Fabulous Cristiano Ronaldo and His Amazing 3 Season With Real Madrid

    “Saya kecewa kerana masalah profesional dan kelab tahu mengapa,” katanya.

“Sebab itu saya tidak meraikan jaringan saya, kerana saya tidak gembira. Mereka di kelab tahu mengapa.”

Tambahnya lagi: “Ia tiada kena mengena dengan Andres Iniesta memenangi anugerah Pemain Terbaik di Eropah. Saya tidak akan sebut tentang ini lagi dan saya akan fokus pada Portugal kini. Terdapat perkara yang lebih penting daripada ini.”


SOURCE:http://billyinfo.blogspot.com


No comments:

Post a Comment