Kereta mini dash yonkuro ni popular sekitar tahun 90 an kot...sory kalau tersilap. kereta ni didatangkan dalam kotak dan kita kena pasang sendiri setiap komponen-komponen yang ada.sticker pun kena pasang sendiri.fuhh pening jugak la kalau first time pasang.

tapi yang bengangnye kadang-kadang kita beli kita akan dapat yang komponen tak cukup. terpaksala kita mintak tukar yang lain.permainan ni boleh dikatakan permainan yang bermusim la contohnya macam gasing,layang-layang,beyblade,kereta control.waktu yang paling seronok nak main kereta ni time sekolah agama la.kita boleh main dengan geng2 kita bertanding sape paling laju. hehehe dia punya litar main kat dalam longkang je.tapi kena berjaga-jagala takut kena rampas dengan ustaz.
Anime dash yonkuro ini disiarkan di TV3 setiap Isnin jam 4.30 petang dan ini merupakan alasan utama mengapa ramai kawan-kawan aku yang ponteng sekolah.

haa yang ni pulak kereta idaman aku,tak sempat nak beli time budak hari tu.
tapi sedih la dengan budak sekarang ni,diorang dilahirkan dengan video game,gajet-gajet. semua aktiviti mereka tidak menyihatkan dan hanya duduk kat rumah je main ps2,psp. mereka tak sempat nak merasa main kereta dash ni. mungkin salah satu punca mengapa rakyat malaysia menghadapi masalah obesiti !!!!
haaa ini gambar legend..
dah tengok jangan lupa komen tau...
kenangan ni...nice info..
ReplyDeletethanks @tiga minit ,sekarang ni tak tau la mane nk cari kereta tamiya pnye..
ReplyDeletesmua budak zaman 90an mmg ade memilikinya hehe
ReplyDeleteTak Mungkin Benar