Thursday 11 July 2013

video kehebatan bruce lee

Bruce Lee , dilahirkan di San Fransisco pada November 1940, anak seorang penyanyi opera terkenal China. Bruce berpindah ke Hong Kong apabila beliau tidak lama lagi menjadi bintang kanak-kanak dalam industri filem Timur berkembang. Filem pertama beliau dipanggil Kelahiran Manusia, filem terakhir yang belum siap pada masa yang kematiannya pada tahun 1973 telah dipanggil Game of Death. Bruce adalah seorang penyendiri dan sentiasa mendapat dirinya ke dalam pergaduhan, dengan minda ini dalam dia memandang ke arah Kung Fu sebagai satu cara untuk mendisiplinkan dirinya. The Yip terkenal Lelaki Bruce diajar kemahiran asas, tetapi ia tidak lama sebelum dia menguasai induk. Yip Lelaki telah diiktiraf sebagai salah satu daripada pihak berkuasa yang paling besar pada subjek Wing Chun satu cabang Seni Mempertahankan Diri Cina. Bruce menguasai ini sebelum maju ke gaya sendiri Jeet Kune Do.

macam-macam versi yang kita dengar kononnya bruce lee mati di tangan pesilat gayung iaitu allahyarham dato meor abdul rahman.
ni kisah bruce lee dan dato meor abdul rahman.

Dato’ Meor Rahman bersama saudaranya Dato’ Syed Ahmad Jamalullail sedang berada di dalam VIP room di lapangan terbang Hong Kong. Sedang mereka berbual-bual menanti penerbangan berikutnya mereka didatangi oleh seorang lelaki yang memaklumkan ada seseorang ingin bertemu Dato’ Meor Rahman. Dato’ Meor Rahman memberikan persetujuan. Tidak lama selepas itu beberapa orang lelaki memasuki VIP room. Salah seorang dari mereka bertanyakan kepada Dato Meor Rahman “Do you know me?”. Dato Meor Rahman merenung tajam kepada lelaki tersebut dan berkata, “Ya, I know you, you look like Bruce Lee”. Kata tersebut dijawab pantas oleh lelaki tersebut, “Yes, you are right, I am a great Bruce Lee”. Selepas berkata demikian, lelaki tersebut dengan angkuhnya mencabar Dato’ Meor Rahman untuk memperlihatkan kehebatan ilmu persilatan. Cabaran tersebut ditolak secara baik oleh Dato’ Meor Rahman dengan berkata “I come here not to fight, I want to see the world”. Namun tolakkan tersebut menyebabkan lelaki itu mengeluarkan kata-kata yang betul-betul mencabar maruah diri dan persilatan Dato Meor Rahman. Lelaki itu berkata,”I challenge you, if I lose, your martial art is the best, but if you lose…”. Mendengar kata-kata itu Dato’ Meor Rahman dengan pantas memintas kata lelaki itu dengan berkata,”How can I lose!”. Dengan berkata demikian Dato’ Meor Rahman bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus berdiri menghadap lelaki tersebut. Lelaki tersebut tertawa dan memandang kearah Dato’ Meor Rahman sambil membuka bajunya. Dato’ Meor Rahman hanya tersenyum sinis melihat perlakuan lelaki tersebut, di dalam hatinya beliau berkata, “Huuh, cakap aje besaq, badan kecik aja”. Lelaki itu bertanya kepada Dato Meor Rahman,”Are you ready? Maka dijawab oleh Dato’ Meor rahman, “Ya, I am ready”. Lelaki tersebut berkata lagi “Then, show me your art” apabila beliau melihat Dato’ Meor Rahman hanya berdiri lurus. Dato’ Meor Rahman menjawab “This is my art, stand still is my art!” Mendengar jawapan tersebut lelaki itu terus menerjah dengan serangan kaki bertubi-tubi, namun semua serangan kaki tersebut ditangkis dan dibuang oleh Dato’ Meor Rahman. Lelaki itu tidak berpuas hati, beliau mendakwa semua kaedah tangkisan dan buangan yang dilakukan oleh Dato’ Meor rahman itu kaedah biasa yang juga wujud dalam ilmu bela dirinya. Dato’ Meor Rahman tersenyum sinis lagi, dalam hati beliau berkata “ Hang nak sangat ka ni, kurang ajaq punya XXXX, nak main-main dengan aku!” Selepas itu Dato Meor Rahman merapatkan telapak tangannya kemulut sambil membaca mentera hulubalang “-------------”. Melihatkan perlakuan Dato Meor Rahman itu lelaki tersebut tertawa lagi, dan berkata “That’s good, I really like it”. Dato’ Meor Rahman hanya tersenyum sinis dan menanti serangan dari lelaki tersebut dan berkata, “You really want to see the Malay art, come on”. Mendengarkan kata tersebut lelaki itu terus menyerang dengan pantas. Sepantas kilat Dato Meor Rahman bergerak dan melepaskan pukulan yang tepat mengenai hulu hati lelaki tersebut. Hasil dari pukulan yang dikenali sebagai Kipas Nandung tersebut lelaki itu melambung dan terhempas ke lantai. Lelaki itu terjelepok dan tidak bermaya lagi. Melihat keadaan tersebut, rakannya yang lain segera mengangkat dan membawa keluar lelaki itu keluar dari bilik VIP tersebut. 

ni antara video bruce lee.


No comments:

Post a Comment