Monday 15 October 2012

TANDA-TANDA SESEORANG MEMILIKI SAKA

APA ITU SAKA?

            Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
            Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
            Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).
            Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.
            Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
         Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

 KETIKA TIDUR
1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan  malam
selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,
dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.
KETIKA JAGA
1. Selalu pening kepala (Perubatan Moden tidak dapat kesan).
2. Hilang Ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering Lesu dan Malas.
4. Sentiasa Sakit di Tulang Belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam Badan.
7. Mudah Marah dan Panas Baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar Ayat-ayat quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.
ANAK CUCU YANG MENJADI SASARAN
1. Yang cetek ilmu agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang Meninggalkan Ibadat Wajib.
4. Yang lemah fizikalnya dan antibodi.
5. Yang berminat utk memiliki apa yang ada pada nenek moya.
6. Yang mengidamkan kehebatan walaupun dengan cara malanggar perintah Allah.
       

No comments:

Post a Comment