Tuesday 9 October 2012

DASH YONKURO,MASIHKAH KAU INGAT



Kereta mini dash yonkuro ni popular sekitar tahun 90 an kot...sory kalau tersilap. kereta ni didatangkan dalam kotak dan kita kena pasang sendiri setiap komponen-komponen yang ada.sticker pun kena pasang sendiri.fuhh pening jugak la kalau first time pasang.



tapi yang bengangnye kadang-kadang kita beli kita akan dapat yang komponen tak cukup. terpaksala kita mintak tukar yang lain.permainan ni boleh dikatakan permainan yang bermusim la contohnya macam gasing,layang-layang,beyblade,kereta control.waktu yang paling seronok nak main kereta ni time sekolah agama la.kita boleh main dengan geng2 kita bertanding sape paling laju. hehehe dia punya litar main kat dalam longkang je.tapi kena berjaga-jagala takut kena rampas dengan ustaz.

Anime dash yonkuro ini disiarkan di TV3 setiap Isnin jam 4.30 petang  dan ini merupakan alasan utama mengapa ramai kawan-kawan aku yang ponteng sekolah.


 


Harga kereta ni pulak bergantung kepada jenama,kalau yang cap ayam 5 ringgit dah boleh dapat dah,tapi kalau yang jenama tamiya dalam rm 30 kot paling murah,time budak-budak dulu mana ada duit. litar selalunya buat sendiri je,tapi bagi yang berkemampuan ada litar sendiri diperbuat daripada plastik.




haa yang ni pulak kereta idaman aku,tak sempat nak beli time budak hari tu.



tapi sedih la dengan budak sekarang ni,diorang dilahirkan dengan video game,gajet-gajet. semua aktiviti mereka tidak menyihatkan dan hanya duduk kat rumah je main ps2,psp. mereka tak sempat nak merasa main kereta dash ni. mungkin salah satu punca mengapa rakyat malaysia menghadapi masalah obesiti !!!!

haaa ini gambar legend..



dah tengok jangan lupa komen tau...

3 comments:

  1. thanks @tiga minit ,sekarang ni tak tau la mane nk cari kereta tamiya pnye..

    ReplyDelete
  2. smua budak zaman 90an mmg ade memilikinya hehe
    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete